Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

agong

Rasanya tidak lengkap jika tidak mengucapkan Selamat Hari Keputeraan Kepada KDYMM SPBYDPA Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah menyambut hari Keputeraannya semalam.

 agong2                                                

Beliau merupakan Sultan yang ke-16 dalam hirarki Kerjaan Terengganu dan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-13. Sebagai seorang Agong beliau merupakan Pemerintah tertinggi Malaysia dan Ketua Agama Islam.

Sultan Mizan dilahirkan pada 2hb Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Dan beliau merupakan Agong termuda Malaysia selepas menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Beliau amat disegani dan dikenali di kalangan rakyat Terengganu sebagai seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Beliau sering mengikuti dan cakna terhadap masalah rakyat.

Semoga Dirahmati Allah dan dilimpahi KurniaNYA dan Tuanku dapat memimpin Malaysia kearah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Daulat Tuanku!!

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • Technorati
  • YahooMyWeb
Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!