Sesi mengumpulkan tandatangan di downtown Bandar Tun Razak juga telah dilakukan sebagai tanda memprotes harga minyak yang melambung tinggi. Sesi tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bandar Tun Razak sendiri. Ini menandakan bahawa masalah ini dibebani oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari apa sahaja fahaman atau pegangan.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri termasuk di Kedah, Johor, Pahang dan Pulau Pinang mendapati orang ramai mengakui kenaikan harga barangan akibat penstrukturan semula subsidi minyak tidak dapat dielakkan.
Seperti yang kita ketahui harga emas hitam ini semakin hari semakin meningkat harganya. Harga minyak juga turut diramalkan akan meningkat kepada RM4.00 dan harga petrol sekarang mungkin akan dinaikkan lagi sehingga tahap tertinggi dimana tiada lagi subsidi dikenakan kepada harga tersebut. Dengan kata lain kerajaan mungkin tidak akan menanggung subsidi terhadap minyak langsung.
Kerajaan juga telah mengambil langkah drastik dalam mensturukturkan semula penggunaan dana dalam negara dan menyeru orang ramai supaya ‘ubah cara hidup’. Bagaimana caranya untuk mengubah cara hidup jika harga semua barang keperluan meningkat?
“Dulu kos diesel untuk sebuah lori bermuatan 10 tan ialah RM3,000 sebulan, tetapi dengan kenaikan harga diesel kepada RM2.58 seliter, kami kini perlu membayar RM5,000 sebulan.
“Kami tidak mempunyai pilihan kecuali menaikkan kadar sewa. Kami berharap kerajaan akan meneliti semula harga bahan bakar bagi membantu mengurangkan beban yang dihadapi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Seperti yang dikatakan oleh pengusaha lori diatas, kos pengangkutan mula melambung naik, juga menyebabkan harga barangan turut naik. Pengangkutan menggunakan jalan darat merupakan alternatif utama dalam mengagihkan barangan dan lain-lain bagi negara kita Malaysia.
Larangan mengisi minyak di stesen minyak kurang dari 50 km dari sempadan dilihat sebagai satu larangan yang tidak masuk akal dan dianggap menyusahkan warga asing yang sering memasuki negara kita.
Niat murni kerajaan dimana subsidi minyak seharusnya dinikmati oleh warganegara Malaysia sahaja tidak mencapai tujuan asal. Kerajaan kini memberi rebat atas dasar subsidi untuk mengelakkan subsidi minyak turut dirasai oleh warga negara asing. Walau bagaimanapun, kerajaan menarik balik larangan menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing di semua stesen minyak di sempadan negara disambut baik oleh rakyat Singapura & Thailand.
Seorang warga Singapura, Misah Sharif, 52, berkata, penarikan larangan tersebut melegakan dan disifatkan sebagai bonus kepada kenderaan asing. Selain itu, katanya, kenaikan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter yang diumumkan semalam dijangka tidak memberi kesan kepada warga asing yang sering berkunjung ke negeri ini.
Jika difikirkan larangan tersebut harus ditarik balik kerana, kenderaan yang digunakan di sempadan Malaysia terutamanya di Thailand terdiri dari kenderaan yang berasal dari negara jiran tersebut. Larangan mengisi minyak berhampiran sempadan telah menyebabkan kesulitan penduduk sempadan seperti Rantau Panjang dan Tumpat kerana mereka hanya boleh mengisi minyak di Kota Bharu.
Adalah diharapkan kerajaan boleh bersikap dan berfikiran terbuka dalam mengkaji kesan jangka panjang dan pendek pada ekonomi rakyat, sosial dan lain-lain lagi. Jurang perbezaan antara kaum sudah tentu meningkat dan segala RMK dan misi kerajaan sudah tentu menemui jalan buntu.
Baca lanjut di Utusan dan Klpos. Gambar ihsan Klpos.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Some people think we�re a music band and also we�re run away. It�s not like that, but we just a free writer, researcher, thinker and post something fun. The main reason why we manage this blog because, we like to share something valuable for readers, understand and sharing something good. We currently studying and some of us working as english Teacher and IT executive. Read More...
zuhairy
June 7th, 2008 at 5:01 am
memang sgt2 membebankan rakyat! tukar kerajaan sekarang..
locos
June 7th, 2008 at 6:08 am
tapi apakan daya.. lupakan saja soal minyak dan cuba mengubah cara hidup dengan mengamalkan pensubsidian penuh keatas cara hidup..
makan nasik + air kosong
megi - telor + air kosong
spagetti sardin + air kosong
kenderaan jalan kurang 10KM sehari
mcm tu la pensubsidian penuh yang berlaku ke atas diri saya sekarang.