KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Search di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.
Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur’an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif. Berita penuh menyusul. Source
"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.
"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.
"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemui ketika menjamu selera di Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkemuka, Amy Search yang terletak di Wangsa Maju.
Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman,50 melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua. Ustaz Nik Aziz menghabiskan masa lebih kurang dua jam menikmati hidangan masakan Cina Muslim di restoran tersebut sebaik selesai merasmikan pembukaan kedai buku Sarjana Media yang terletak di Pasaraya Carrefour Wangsa Maju.
Secara peribadinya, sebagai seorang pemerhati politik tanah air yang tak bergaji, aku rasa mungkin perlakuan Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi buah mulut dikalangan Ahli-ahli BN. Walaupun, apa yang tuan guru lakukan tidak menjadi sebarang kesalahan dan ianya hanya satu lawatan yang amat baik. Memandangkan Amy Search kini giat melakukan kegiatan-kegiatan amal sudah tentu ia disokong oleh Tuan Guru sendiri. Apa-apa pun ‘Lu rock la Brader!!’.. harap lepas ni Amy Search lebih giat dalam kegiatan amal dan semoga diberkati.
Direferensi & gambar dari Harakah daily.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Some people think we�re a music band and also we�re run away. It�s not like that, but we just a free writer, researcher, thinker and post something fun. The main reason why we manage this blog because, we like to share something valuable for readers, understand and sharing something good. We currently studying and some of us working as english Teacher and IT executive. Read More...
Leave a reply