11 Ogos 1944 - 23 April 2008
Penulis,aktivis dan penganalisis politik serta blogger,Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun.Demikian sistem pesanan ringkas (sms) yang dimajukan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi. Difahamkan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan kediaman beliau di Gombak selepas Zuhur nanti.
Dalam pada itu menurut suara-ummah.blogspot.com yang turut menyiar berita pemergiaan Allahyarham menyatakan beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair.
Allahyaraham difahamkan sedang dalam persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.
Allahyarham juga merupakan seorang kolumnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di bawah kolum ‘Pandangan Rustam’ dan sentiasa menyumbangkan artikelnya di dalam Harakahdaily.net serta akhbar Harakah.
Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman.
Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan. -tranungkite.net-
Secara peribadinya aku mengaggap beliau adalah salah seorang pejuang yang gigih dah berani menyuarakan pendapat. Beliau juga merupakan putera kepada Almarhum AHmad Boestaman,seorang tokoh nasionalis negara yang menentang Inggeris melalui Parti Rakyat Malaya. Semangat nasionalisme beliau terpancar dan kini Malaysia mula melangkah ke satu era yang lebih baik. Aku harap dengan pemergian beliau lahirnya lebih banyak tokoh-tokoh pejuang nasionalis yang baru. Al-Fatihah.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Some people think we�re a music band and also we�re run away. It�s not like that, but we just a free writer, researcher, thinker and post something fun. The main reason why we manage this blog because, we like to share something valuable for readers, understand and sharing something good. We currently studying and some of us working as english Teacher and IT executive. Read More...
Leave a reply