Comolot boleh didefinisikan sebagai cium mulut. Perkataan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Comolot yang diperbincangkan ini merupakan satu perkataan yang dikategorikan sebagai bahasa pasar yang sering meniti dibibir anak muda di Malaysia.

Walaupun perkataan clip_image002ini sudah berumur hampir 5 tahun, sejajar dengan kepesatan pembangunan negara. Maka, timbullah sebuah filem pendek yang berdasarkan pada cerita sebenar dari kalangan rakyat Malaysia ini. Comolot adalah sebuah filem pendek arahan oleh Amy Ikram Ismail yang juga merupakan seorang ‘Productions Manager’ di ‘Film Department in FINAS’. Pada pandangan aku, filem ini berbentuk komedi dan menyentuh isu ‘Gay’ seperti salah satu filem yang ‘tak lepas’ iaitu ‘Bukak Api’ kerana adengannya agak keterlaluan. ‘Bukak Api’ berkisar tentang gejala AIDS di kalangan Mak Nyah juga adalah sebuah filem yang ‘berani’ dan diarahkan oleh pengarah filem tempatan.

clip_image004

Filem pendek arahan oleh Amy Ikram menyentuh isu ‘Gay’ yang juga merupakan salah satu isu yang menjadi kontroversi masyarakat Malaysia. Filem ni menggunakan moto ‘Desires Has No Boundaries’ @ “Berahi tidak mempunyai sempadan”. Info tentang ‘Comolot’ boleh didapati disini. Amy Ikram Blog, Myspace Amy Ikram dan Origional ‘Comolot’.

Amy Ikram adalah seorang yang pemegang Diploma Filmmaking From ASWARA di Akademi Filem Malaysia. Dia dikatakan seorang yang sukakan filem yang mempunyai isu kontroversi. Dengan wujudnya filem pendek ‘comolot’ ini nampaknya dia sudah selangkah untuk menjadi salah seorang pengarah filem yang melonjak naik.

Jika niat Amy Ikram hanya memaparkan kisah yang sering menjadi bualan dan isu kontroversi dalam masyarakat Malaysia, aku rasa ia masih boleh dimaafkan. Tetapi jika dia sememangnya berniat untuk menyuntik doktrin baru supaya masyarakat Malaysia menerima kehadiran budaya Gay, aku sememangnya menolak sekeras-kerasnya.

Jika dilihat dalam konteks agama Islam. Ia merupakan perkara yang dilarang dan telah dinyatakan dalam Al-Quran tentang budaya Sodom itu sendiri. Berikut adalah petikan dalam Al-Quran tentang Kaum Nabi Lut A.S. (Sodom & Gomorrah). Kaum Sodom dan Gomorrah merupakan, salah satu kaum yang telah diazab dan dihancurkan ALLAH dari muka bumi ini.

Mereka malah menentang Nabi Luth a.s dengan berkata: “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” Maka, Nabi Luth a.s pun memohon kepada Allah, agar Allah menolongnya dari kaumnya…

Nabi Luth a.s berdoa : “Ya, Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerosakan itu.”

(Al-Ankabut: 30)

Allah memperkenankan doa Nabi Luth as, dan mengutus Jibril as. untuk membinasakan mereka. Jibril datang ke Negeri Sadom dengan menyerupai dua orang lelaki yang tampan. “Dia (Luth a.s) merasa susah dan sempit dadanya kerana kedatangan mereka. Dan ia berkata: “Ini adalah hari yang amat sulit.”

(Hud: 77)

dalam Bible pun diterangkan tentang balasan yang diterima oleh kaum Sodom di lembah Siddim

“Then the Lord rained down burning sulfur on Sodom and Gomorrah—from the Lord out of the heavens” (Genesis 19:24)

Abraham Said , “He looked down toward Sodom and Gomorrah, toward all the land of the plain, and he saw dense smoke rising from the land, like smoke from a furnace” (Genesis 19:28)

“Now this was the sin of your sister Sodom: she and her daughters were arrogant, overfed and unconcerned; they did not help the poor and needy. They were haughty and did detestable things before Me. Therefore I did away with them as you have seen” (Ezekiel 16:49-50)

Bukan sahaja ia ditentang dalam Islam tapi juga dalam agama Kristian kerana ia merupakan perkara yang menyalahi fitrah manusia. Sememangnya, gejala Gay harus ditolak dan tidak patut diterima di Malaysia. Disebabkan budaya inilah sodom dibolak balikkan dan dihancurkan. Manakala dibakar pula dengan batu yang panas dari langit. Apakah kita ingin menerima nasib seperti kaum sodom ? Bukan sahaja azab yang bakal diterima oleh kaum ‘gay’ tetapi juga orang yang tak berdosa. Maka tinggalah debu-debu peradaban yang maju ini. Lihat gambar kesan kehancuran sodom disini, sini dan sini. Sini juga.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • Technorati
  • YahooMyWeb
Share This Post

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!